:
PENGENALAN


السلام عليكم ورحمة الله

Segala puja dan puji hanya kehadrat Allah SWT, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar ditubuhkan pada 10 Mei 2007 dan telah didaftar dengan JABATAN AGAMA ISLAM PERAK No rujukan JAIPK/LP/MG72/09, ia merupakan sebuah Pusat Tahfiz Al-Quran yang berhasrat melahirkan generasi Huffaz yang berkualiti, berilmu, beramal serta bertaqwa kepada Allah SWT dan menjadi pewaris Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Agama Allah di atas muka bumi ini. Firman Alllah Taala. 

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami-Lah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya". - (Q:S:Al-Hijr : 9)

Daripada:
Us. Ibrahim bin Zakaria

Pengetua,

Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Al-Abrar