:
VISI%20DAN%20MISI


MOTO :

Iman, Islam, Ihsan

VISI :

Melahirkan Generasi Al-Quran Berilmu Yang Fakeh dan Beramal dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

MISI :

Merancang serta menjalankan program Pendidikan Tahfiz Bersepadu Fardhu Ain dan Bahasa Arab dengan Berasaskan pembentukan Tarbiyyah Islamiah di peringkat rendah dan menengah.

OBJEKTIF :

Menjadi pusat tarbiyyah generasi huffaz yang dapat menghayati dan memperjuangkan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan ummah.
Melahirkan generasi huffaz yang faham, cemerlang dan mahir dalam bidang al-Quran, Agama dan Bahasa Arab.
Melahirkan generasi huffaz yang berkualiti, berilmu, beramal serta bertaqwa kepada Allah SWT.
Melahirkan generasi pewaris Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Allah di atas muka bumi.
Melahirkan generasi huffaz yang dapat membimbing diri sendiri, keluarga dan ummah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
MATA PELAJARAN YANG DIAJAR, AKTIVITI ILMU & TUISYEN

 

1) Mata Pelajaran : Aqidah, Fekah, Adab, Hadis, Tafsir, Sirah, Bahasa Arab, Nahu, Sorof, Muthola’ah, Tajwid.

2) Aktiviti Ilmu : Pelajar diberi tugasan untuk membentangkan setiap tajuk-tajuk yang telah diajar bagi menilai kefahaman pelajar terhadap tajuk-tajuk tersebut.

3) Tuisyen Akademik : Khas untuk pelajar yang berumur 15 tahun ke atas sahaja disediakan kelas tambahan akademik Bahasa Melayu, English, Sejarah dan Matematik mengikut silibus pelajaran tingkatan 4 dan 5 sebagai persediaan pelajar-pelajar menyambung pengajian di Sekolah Menegah lain.

4) Aktiviti Yang Dijalankan :

1. Bimbingan Menghafaz Al-Quran.

2. Bimbingan Fardhu Ain dan Bahasa Arab.

3. Motivasi Pelajar.

4. Latihan Muazzin dan Imam.

5. Latihan Bertazkirah.

6. Latihan Kepimpinan dan Kemasyarakatan.

7. Latihan Syarah Kitab-kitab fardhu ain yang dipelajari.

8. Latihan Bomba dan Keselamatan - program bersama pihak BOMBA dan TNB Janakuasa Manjung.

9. Riadah.

10. Program Kesihatan dan Rawatan - program bersama pihak Klinik Kesihatan Setiawan.